Untuk menjadi ahli M Premium, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Untuk pengguna baharu:
1. Klik pada pilihan “Daftar sebagai ahli baharu”.
2. Masukkan Nama dan Nombor Telefon Bimbit anda.
3. Anda akan menerima kata laluan sekali guna (OTP) melalui SMS bagi tujuan
pengesahan.
4. Sila cipta nombor PIN Log Masuk 6 digit.
5. Isikan butiran peribadi anda.
6. Sahkan akaun anda melalui fungsi elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC).
i. Ambil gambar Kad Pengenalan (KP) anda (warganegara Malaysia) atau
Pasport (untuk bukan warganegara Malaysia).
ii. Semak dan sahkan maklumat yang dirakam.
7. Akaun anda telah diaktifkan.
Untuk pengguna yang telah mendaftar sebagai pengguna M Basic:
1. Klik pada “Pengesahan Akaun” dalam tab “Akaun” anda.
2. Klik “Sahkan Sekarang”.
3. Sila sahkan Nombor Telefon Bimbit anda.
4. Anda akan menerima satu kata laluan (OTP) melalui SMS bagi tujuan
pengesahan.
5. Sahkan akaun anda melalui fungsi Elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC).
i. Ambil gambar Kad Pengenalan (KP) anda (warganegara Malaysia) atau
Pasport (untuk bukan warganegara Malaysia).
ii. Semak dan sahkan maklumat yang dirakam.
6. Akaun anda telah diaktifkan.
Magnum memerlukan bukti pengenalan peribadi sebagai sebahagian daripada keperluan fungsi
eKYC untuk mengesahkan identiti pengguna kami. Ini juga bagi mengelakkan risiko
kecurian identiti.