Sila pastikan anda menggunakan ID yang betul semasa melakukan proses eKYC seperti Langkah-langkah dibawah.
Bagi warganegara Malaysia:
1. Sila gunakan Kad Pengenalan (KP) anda.
2. Rakam gambar bahagian hadapan KP anda dengan jelas.
3. Pastikan tiada silau atau gegaran semasa merakam foto.
4. Ambil gambar dalam bilik yang terang untuk memastikan gambar berkualiti tinggi.
5. Jangan lindung KP dengan jari semasa mengambil gambar kerana ia boleh menjejaskan ketepatan OCR dan hasil pengesahan.
Bagi bukan warganegara Malaysia:
1. Sila gunakan Pasport anda.
2. Ambil gambar halaman muka pertama Pasport yang mengandungi maklumat peribadi anda.
3. Pastikan tiada silau semasa merakam gambar.
4. Jangan lindung Pasport dengan jari semasa mengambil gambar kerana ia boleh menjejaskan ketepatan OCR dan hasil pengesahan.