Saya mempunyai sebuah projek komuniti dan ingin menyertai sebagai salah satu Wira Komuniti di #ProjectMagnumHearts. Bagaimanakah cara permohonan agar projek saya dapat dimasukkan ke dalam program ini?

Jika anda mempunyai projek komuniti yang menakjubkan dan ingin mengambil bahagian sebagai salah satu Wira Komuniti, sila kemukakan cadangan projek anda kepada magnumcares@magnum.my atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-9212 2800. Pasukan MagnumCares kami akan menjalani proses semakan untuk semua projek komuniti dan akan menghubungi jika projek anda dipilih.