Saya berminat untuk menjadi sukarelawan untuk salah satu projek komuniti yang tertera dalam #ProjectMagnumHearts. Bagaimana boleh mengambil bahagian sebagai sukarelawan?

Kami amat teruja mengetahui bahawa anda berminat dengan kesukarelawanan! Kami telah menyertakan pilihan untuk menjadi sukarelawan bagi setiap projek dalam aplikasi MyMagnum 4D. Pergi ke fungsi #ProjectMagnumHearts dalam aplikasi MyMagnum 4D dan klik projek komuniti yang anda berminat untuk menjadi sukarelawan, dan anda boleh memohon daripada pautan/butang ‘Sertai sebagai sukarelawan’ pada bahagian penerangan. Kami akan menghubungkan anda dengan organisasi yang dipilih dan mereka akan menghubungi anda jika terdapat sebarang peluang sukarelawan pada masa hadapan.