Sila pilih “daftar sebagai pengguna baharu” apabila anda di skrin halaman pertama. Anda boleh berdaftar melalui nombor telefon atau alamat emel.
Melalui nombor telefon:
i. Masukkan nama dan nombor telefon bimbit. Hanya nombor telefon yang berdaftar di Malaysia sahaja dibenarkan untuk pendaftaran akaun.
ii. Masukkan kod rujukan jika ada. Ini adalah langkah pilihan.
iii. Tekan ‘Hantar OTP’.
iv. Masukkan kod pengesahan 6-digit yang dihantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan.
v. Tetapkan nombor pin 6-digit. Anda akan menggunakan nombor pin ini untuk log masuk semasa penggunaan masa hadapan.
vi. Sila sahkan nombor pin dan pendaftaran anda selesai!
Melalui alamat emel:
i. Masukkan nama dan alamat emel anda.
ii. Masukkan kod rujukan jika ada. Ini adalah langkah pilihan.
iii. Tetapkan kata laluan mengikut panduan di skrin anda. Anda akan menggunakan kata laluan ini untuk log masuk semasa penggunaan masa hadapan.
iv. Masukkan kod pengesahan 6-digit yang telah dihantar ke alamat emel anda.
v. Pendaftaran anda selesai!